Semasa

Mej Jen Dato Azmy 39 Tahun Tabur Bakti Dalam TD

PERLIS: Seramai 10 pegawai serta 120 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan dibawah naungan Markas 30 Briged Infantri Malaysia terlibat dalam Perbarisan Penghargaan sempena Persaraan Mej Jen Dato’Azmy Hj Yahya bertempat di Padang Kawad MK 30 Bgd pada 4 April 2016.

Perbarisan ini bertujuan menghargai jasa-jasa yang telah diberikan sepenuhnya  oleh Mej Jen Dato’ Azmi Hj Yahya semasa di dalam perkhidmatan.

Dalam ucapannya, beliau amat berbesar hati dan berbangga di atas persembahan perbarisan yang segak serta berasa amat teruja kerana diberikan lagi peluang buat kali yang terakhir dalam perkhidmatannya selama 39 tahun sekaligus menyampaikan pesanan kepada warga 30 Bgd.

“Masa berlalu begitu pantas, seperti baharu semalam saya menjejakkan kaki dan melaporkan diri ke Maktab Tentera Diraja dan di sepanjang perkhidmatan, terlalu banyak kenangan yang saya lalui serta saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada pucuk pimpinan TD khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya serta ingin menyeru kepada semua peringkat pegawai dan anggota untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada TD” tegasnya.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Medan Barat Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Kassim, Panglima 2 Div Mej Jen Datuk Fadzil Mokhtar.

Gambar: PW II Mohamad Solor Hj Ismon

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close