Bersama PemimpinSemasa

Makan Malam Amal Veteran ATM

KUALA LUMPUR: Seramai 500 Veteran Angkatan Tentera MAlaysia (ATM) menghadiri Majlis Makan Malam Amal untuk Mengisi Tabung Yayasan Veteran ATM yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussein diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin bertempat di Wisma Perwira ATM pada 6 Apr 2016.

Majlis ini bertujuan untuk mengekalkan hubungan baik di antara anggota veteran dan anggota yang masih berkhidmat disamping prihatin terhadap kebajikan warga veteran dalam menghargai bakti dan pengorbanan mereka semasa berkhidmat suatu ketika dahulu.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Dato’ Wira Mohd Johari Baharum, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Dato’ Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin dan Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pertahanan Dato’ Dr Rothiah Hj Omar.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close