Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Lawatan Rasmi Chief Of Army Singapore Armed Forces

KUALA LUMPUR:  Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerima lawatan rasmi Chief Of Army Singapore Armed Forces Brig Gen Melvyn Ong Su Kiat bertempat di Pejabat PTD  pada 7 Apr 2016.

Terdahulu dari itu, Brig Gen Melvyn Ong Su Kiat  menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) di perkarangan Wisma Pertahanan.

Objektif utama kunjungan adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin di antara Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat Singapura dan bersempena dengan pengambilalihan beliau sebagai Chief Of Army Singapore Armed Forces yang baharu.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Ketua Staf Markas Tentera Darat Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal , Asisten Ketua Staf (AKS) Sumber Manusia Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki dan AKS Operasi dan Latihan Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar.

Komen Facebook
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close