RencanaTeknologi

DSA 2016: Antara 5 Pameran Industri Pertahanan Terbaik di Dunia

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

[dropcap]T[/dropcap]ahun 1988 adalah tahun permulaan penganjuran buat julung kalinya persidangan serta Pameran Defence Service Asia (DSA) yang ketika itu di bawah pentadbiran Menteri Pertahanan, Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail. Ketika itu penganjuran DSA melibatkan penyertaan sebanyak 394 syarikat yang mempamerkan produk pertahanan berkeluasan 6,000 kaki persegi yang mana permulaan ini telah mencipta rekod yang membanggakan. Oleh itu, untuk meneruskan kesinambungan kejayaan, penganjuran DSA diteruskan secara dwi tahunan sehingga ke tahun 2016 edisi ke-15.

DSA 2016 berdiri megah seiringan dengan penganjuran pameran pertahanan yang lain seperti International Defence Exhibition and Conference (IDEX) yang dianjurkan oleh negara Emiriah Arab Bersatu, Defence Security and Equipment International (DSEI) dibawah pentadbiran negara Britain dan lain-lain lagi pameran pertahanan di seluruh dunia. DSA Malaysia juga dikenali sebagai lima pameran terbaik industri pertahanan dengan penganjuran pada tahun ini berjaya menghimpunkan sebanyak 1200 buah syarikat pertahanan dari seluruh dunia meliputi keluasan ruang pameran 41, 500 kaki persegi dengan penyertaan dari 60 buah negara seperti Turki, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, German dan lain-lain negara lagi.

DSA 201601

Menurut kenyataan oleh Menteri Pertahanan,Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, DSA 2016 pada tahun ini bertemakan penyatuan serta peneguhan hubungan dua hala industri pertahanan sesebuah negara dalam menghadapi ancaman keselamatan. DSA adalah gabungan kerjasama jitu di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan keselamatan dari luar negara terutamanya dari rantau Asia Pasifik. Penganjuran DSA berjaya meletakkan Malaysia sebagai antara negara yang mampu mengkoordinasikan pameran pertahanan yang bukan sahaja mengetengahkan produk pertahanan buatan tempatan, bahkan membuka peluang kepada negara lain untuk memperlihatkan aset pertahanan negara masing-masing dan pada masa yang sama menggalakkan pertumbuhan jumlah pelancong dari luar negara untuk datang ke Malaysia mengunjungi pameran yang berprestij ini.

Edisi penganjuran DSA pada tahun ini memfokuskan tentang beberapa persidangan yang penting iaitu Chief of Army Roundtable Talks (ChArts) 2016, Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR), Putrajaya Forum, Malaysia Defence & Security Hall dan Majlis Perjanjian pembelian aset terbaru untuk kegunaan sistem pertahanan negara Malaysia.

Persidangan CHART 2016

DSA 201606

Ucaptama persidangan disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr Hj Zulkifeli Mohd Zin bertajuk The Army’s Role in Emerging Border Security Dimension: Challenges and Implications. Dalam ucapannya, beliau memberi penekanan terhadap usaha ke arah penyelesaian kegiatan haram iaitu penyeludupan manusia dan bahan terlarang seperti senjata api, dadah, dan sebagainya yang dilihat kian meruncing berlaku di sempadan Malaysia yang mana ianya melibatkan negara jiran seperti Thailand, Brunei dan Indonesia. Isu yang dibincangkan tidak hanya berkisar terhadap negara Malaysia sahaja, tetapi turut dihadapi di negara lain seperti di Amerika Syarikat yang berhadapan krisis penyeludupan manusia dan dadah dari negara Mexico serta beberapa negara Amerika Latin yang lain. Selain itu, persidangan ini juga bertujuan untuk meningkatkan elemen sinergi serta penyatuan di kalangan pemerintah sesebuah ketumbukan ketenteraan. Pada hari ini, dunia berhadapan dengan ancaman yang berformat baharu seperti ancaman keselamatan siber, pembuatan senjata Bio, dan ancaman keganasan.

Konvensyen Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam

DSA 2016 turut menganjurkan Persidangan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam atau Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR), yang mana ucaptama disampaikan oleh Panglima Tentera Laut (PTL) Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin pada 19 Apr 2016 yang lepas. Persidangan tersebut diadakan bertujuan untuk mengumpulkan para tenaga serta professional dalam menghadapi situasi bencana alam agar segala idea bernas dapat dibincang, dibentang, dan diaplikasikan oleh negara Malaysia serta negara lain.  Selain itu, koordinasi konvensyen ini juga adalah bertujuan sebagai platform perkongsian pengalaman oleh negara maju yang berpengalaman dalam menghadapi situasi bencana alam, mengkaji langkah-langkah yang efektif dan mengenalpasti teknik yang paling berkesan untuk diaplikasikan jika berlakunya lagi bencana alam di masa hadapan.

PTL dalam ucapannya berkata bahawa saban tahun tidak kira dimana sahaja pasti akan berlakunya bencana alam sehingga meragut nyawa. Oleh itu, sebagai organisasi yang bertanggungjawab dalam memastikan keamanan sejagat dijaga, kita mestilah sentiasa mempunyai pelbagai strategi dalam usaha menghadapi dan menyelamatkan mangsa bencana alam. Kemajuan teknologi pada hari ini, memberi manfaat kepada pasukan keselamatan dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (Search and Rescue/SaR). Oleh itu, kita seharusnya menggunakan peluang ini dengan sebaiknya untuk mempertingkatkan lagi kesiap siagaan dalam pelaksanaan operasi serta berupaya meramal jika terdapatnya faktor-faktor ke arah berlakunya bencana.

TDM Terima Aset Terbaharu

Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Industri Pertahanan negara dan luar negara mengadakan Majlis Tandatangan Kontrak dan Memorandum Persefahaman bersempena penganjuran DSA 2016.  Diantara tarikan terbarharu serta aset yang bakal diterima Tentera Darat Malaysia (TDM) adalah 222 unit Trak 3 Ton, Alat Ganti dan Servis Kereta Kebal Utama, enam buah Helikopter Peninjau Pelbagai Guna MD530G, 22 unit 4×4 Trak Kargo, 4×4 HMAV dan sebagainya.

DSA 201602

Majlis seperti ini adalah bukti bahawa aset pertahanan TDM akan dipertingkatkan lagi untuk membolehkan para petugas yang bertanggungjawab menghadapi penugasan yang mencabar terutamanya semasa operasi dan latihan serta usaha mencari dan menyelamat mangsa bencana alam. Setiap tahun negara akan membelanjakan sejumlah peruntukan untuk membeli dan memasang teknologi baharu bertujuan untuk meningkatkan serta menghargai nilai kedamaian dan kemakmuran sesebuah negara.

Dalam pada itu, di antara tarikan yang lain adalah pelancaran High Mobility Armor Vehicle (HMAV) atau Kereta Perisai Mobiliti Tinggi berpacuan empat roda. Kenderaan ini diberi nama Lipan Bara keluaran syarikat DRB-HICOM DEFENCE TECHNOLOGIES Sdn Bhd (DEFTECH). TDM dijangka akan menerima sebanyak 20 unit pada bulan Mei 2016 yang lepas.  Jika dahulu TDM adalah sebuah ketumbukan pertahanan darat yang kecil menentang insurgensi (Conventional Insurgency Warfare), tetapi berbekalkan semangat yang tinggi dan kental, pada hari ini TDM dipandang tinggi bersama angkatan pertahanan negara lain disertai pengaplikasian teknologi pertahanan moden dan maju yang mana jika diteliti sistem pertahanan pada hari ini adalah lebih kompleks dan mencabar, oleh itu TDM tidak akan sesekali ketinggalan dalam mengemaskini inventori pertahanan mereka.

Putrajaya Forum 2016: Kerjasama Serantau Dalam Menangani Cabaran Keselamatan

Diantara isu yang dibentangkan dalam Putrajaya Forum 2016 adalah tentang penularan idealogi perjuangan sia-sia DAESH atau lebih dikenali sebagai Islamic State (IS). MENHAN menzahirkan kerisauannya terhadap penularan idealogi yang sudah menular di negara Filipina dan akan menular lebih dahsyat lagi di negara ini kerana mereka memperjuangkan perjuangan yang tidak mengikut syariat sebenar islam serta mempromosikan jalan mudah untuk ke syurga tanpa menyedari hakikat bahawa agama islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk menegakkan syiar islam menggunkan kekerasan sehingga mengakibatkan jumlah kematian yang tinggi.

Dakyah DAESH dihebahkan melalui mereka yang radikal terhadap peperangan untuk mempertahankan agama melalui penyelewangan dari sudut hadis Rasulullah dan petikan dari Ayat Al-Quran yang diambil secara tidak lengkap. Mereka mengambil kesempatan terhadap pegangan umat islam yang mempercayai serta mengikut ajaran yang diajar dari Al-Quran dan Sunnah Rasullah selain daripada menjadi sumber rujukan utama oleh penganut agama islam.  Langkah-langkah yang sepatutnya diambil dalam mematahkan penularan idealogi DAESH adalah dengan cara memastikan segala sumber kewangan dan teknologi yang menjadi sumber utama DAESH dihalang sepenuhnya serta dengan memantapkan lagi pegangan agama penganutnya bahawa tiada satu pun agama di dalam dunia ini yang mahukan kedamaian dicapai melalui peperangan berpaksikan pertumpahan darah.

Kesimpulan

DSA 201607

Penganjuran DSA adalah satu lambang kejayaan yang mana Malaysia menjadi buah mulut dikalangan pedagang industri pertahanan dari luar negara terhadap kemantapan dari sudut penganjuran, koordinasi agensi pertahanan negara Malaysia dan sebagainya. Selepas ini akan berlangsungnya Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) pada tahun 2017, dan menyusul selepas itu DSA 2018.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close