Bersama PemimpinSemasa

CHART 2016 Kukuhkan Hubungan PTD

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin menyampaikan ucaptama dalam Majlis Chief of Army Roundtable Talk (ChArt) atau Persidangan Meja Bulat Panglima Tentera Darat (PTD) bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 19 Apr 2016._MG_0146

Tujuan utama persidangan meja bulat diadakan diantara Panglima Tentera Darat (PTD) dari serata dunia adalah untuk memupuk persahabatan serta meningkatkan perkongsian pengetahuan di kalangan perwakilan terhadap kerjasama di masa hadapan dan memberi peluang untuk membina kepercayaan di kalangan negara-negara yang mengambil bahagian dalam Defence Service Asia (DSA) 2016.

PAT menyampaikan ucaptama yang bertajuk ‘The Army’s Role in Emerging Border Security Dimensions: Challenges and Implications’ dimana beliau memberikan penekanan tentang peranan TD dalam menghadapi kemunculan pelbagai ancaman keselamatan di sempadan dengan memfokuskan tentang cabaran dan kesannya terhadap keselamatan negara.

Di antara pengisian ucaptama beliau adalah, langkah-langkah pelaksanaan untuk pencegahan kegiatan haram di sekitar sempadan adalah melalui pengaplikasiaan perisikan yang efisien, pengawasan dan peninjauan mantap yang dilakukan bersama hasil usaha sinergi di antara kedua-kedua negara dalam mencegah jenayah seperti Keganasan, Sindiket Pemerdagangan Manusia, serta penyeludupan.

“Amat penting untuk kita sentiasa peka serta meningkatkan maklumat terhadap Modus Operandi yang digunapakai oleh penjenayah kerana mereka akan sentiasa berkembang dan mengubah perancangan untuk menjalankan kegiatan haram mereka”, tegasnya.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Moha­med Noor, Ketua Staf Markas Tentera Darat Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal dan delegasi asing luar negara.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close