MINDEFSemasa

Brig Jen Dato Hj Abdul Halim Empat Dekad Menabur Bakti

KUALA LUMPUR: Seramai 12 pegawai dan 112 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Kor Perkhidmatan Am (KPA) Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Pengarah UGAT, Brig Jen Dato’ Hj Abdul Halim Salleh bertempat di Padang Kawad Kem Kementah pada 5 Apr 2016.

Perbarisan ini bertujuan menghargai jasa yang dicurahkan oleh Brig Jen Dato’ Hj Abdul Halim Salleh yang menabur bakti selama 40 tahun dalam ATM dan acara diteruskan dengan Serah Terima Tugas Pengarah UGAT yang baharu Kol Abdul Hadi Md. Sharif.

Dalam ucapannya beliau mengingati kepada semua agar menjaga disiplin kehormatan sebagai anggota tentera kerana profesion anggota tentera bukan untuk mengejar kemewahan namun ianya satu profesion yang memerlukan komitmen dan juga penggorbanan yang tinggi dari setiap warga anggota tentera.

 “Kejayaan yang kita kecapi adalah hasil penat lelah daripada kerjasama  setiap anggota serta perancangan yang teliti dan jangalah kita mengharapkan balasan daripada apa yang kita berikan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (TAKSPA), Brig Jen Dato’ Sardon Hassan (TUDM). 

Gambar: Pbt Ainur Aisyah Yahya

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close