2 DivBersama PemimpinSemasa

63 Tahun Jasa RAJD Dalam TD

PERAK:  Kol Yang DiPertua Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD)  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan  Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli ke Istiadat Perbarisan Sempena Hari RAJD Ke-63 bertempat di Padang Kawad Kem Sangro pada 22 Apr 2016.

Terdahulu dari itu, DYMM Paduka Seri Sultan Perak di sambut oleh Ketua Jurutera Mej Jen Dato Pahlawan Ir Abdul Nasser Ahmad dan menerima tabik hormat dari 16 pegawai dan 250 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang terlibat dalam Pebarisan Hari RAJD Ke-63.

Istiadat perbarisan terdiri daripada empat detasmen dari gabungan beberapa pasukan RAJD dan diketuai oleh  Lt Kol  Ainul Huda Abdul Manap yang mana Hari RAJD ini merupakan kali pertama kehadiran DYMM Paduka Seri Sultan Perak setelah mengambil alih tampuk pemerintahan kesultanan negeri Perak.

Sambutan Hari RAJD Ke-63 kali ini bertemakan Gagah Membina Setia Mendukung yang bermaksud kegigihan dan kegagahan RAJD melaksanakan tugas-tugas pembinaan sama ada di kawasan operasi, bandar, desa mahupun pendalaman tiada tolok bandingnya yang mencerminkan RAJD adalah sebuah kor yang mendukung tugas dan peranan Tentera Darat selama 63 tahun.

Pelbagai acara diadakan sempena Hari RAJD Ke-63 seperti Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran, Pameran Ketenteraan, Pertandingan Akhir Bola Sepak antara Pasukan RAJD dan Jamuan Makan Malam.

Turut hadir Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim,  Pesara RAJD dan keluarga anggota RAJD.

Gambar: Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan

 

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close