BAKATSemasaSukan

Sukaneka BAKAT TD Eratkan Hubungan

KUALA LUMPUR: Seramai 60 Ahli Jemaah Tertinggi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) menyertai Majlis Sukaneka Jemaah Tertinggi BAKAT Darat yang dirasmikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT, Puan Sri Norlida Hj Abdul Mubin bertempat di Taman Rekreasi Empangan, Klang Gate pada 29 Mac 2016.

Tujuan sukaneka ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli selain memupuk semangat kerjasama ketika bersukan dan acara dimulai dengan upacara perasmian melepaskan itik serta menanam anak pokok bertemakan Go Green lalu diteruskan dengan acara senamrobik dan sukaneka.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Seri Noor Akmar Yaacob dan Naib Pengerusi Dua Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Noraihan Ibrahim.

IMG_6887

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close