Semasa

Serah Terima Tugas Panglima 11 Bgd

SELANGOR: Seramai 12 pegawai dan 185 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari  pasukan dibawah naungan Markas Briged Ke-11 Infantri Malaysia terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 11 Bgd diketuai oleh Lt Kol Mohd Tahir Saimon bertempat di Padang Kawad Markas Staf Stesen, Sungai Buloh pada 8 Mac 2016.

Serah Terima Tugas ini antara Pemangku Panglima  11 Bgd, Lt Kol Baharin Bais yang menyerahkan Dokumen Serah Terima Tugas Panglima 11 Bgd kepada Panglima 11 Bgd yang baharu, Brig Jen Abd Kadir Ahmad disaksikan Panglima  4 Div, Mej Jen  Dato’ Abd Halim Hj Jalal dan perbarisan diteruskan dengan acara simbolik penyerahan Tongkat Kuasa.

Turut hadir Pegawai Memerintah, Pemerintah, pegawai dan anggota LLP bawah naungan MK 11 Bgd.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close