Bersama PemimpinSemasa

PUTD Di Usia 21 Tahun

JOHOR: Seramai 12 pegawai dan 120 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) terlibat dalam Perbarisan Lawatan Ulung Panglima Tentera Darat sempena Hari Ulang Tahun PUTD Ke-21 yang diketuai Pegawai Memerintah Rejimen 881 PUTD,  Lt Kol Mohamad Nazri Ahmad bertempat di Padang Kawad PUTD pada 11 Mac 2016. 

Panglima Tentera Darat (PTD)  Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor diberi penghormatan sebagai Pegawai Tabik Hormat selain ianya merupakan Lawatan Ulung beliau yang pertama ke PUTD.

Dalam ucapan PTD,  beliau berbangga melihat perkembangan PUTD yang seiring dengan hasrat TD menjadikan PUTD sebagai satu lagi dimensi dalam ketumbukan kekuatan TD meskipun PUTD merupakan kor yang muda namun perkembangannya agak pantas seiring dengan keperluan dan ancaman semasa walaupun diusia 21 tahun.

“Saya gembira melihat serviceability aircraft yang tinggi sejak kebelakangan ini yang mana memberi keyakinan kepada TD untuk melengkapkan lagi pesawat-pesawat dengan persenjataan yang canggih seperti gatling gun pada pesawat Agusta A-109LOH, ” katanya.

Tambahnya lagi melalui kerjasama antara TD dan TUDM membolehkan TD menerima tiga buah pesawat Sikorsky S-61 daripada TUDM pada tahun 2015 dan pesawat-pesawat ini akan ditempatkan di Rej 882 PUTD yang akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2018 serta berterima kasih kepada kerajaan Brunei diatas pemberian empat buah helikopter Black Hawk.

Pada masa yang sama PTD turut memakaikan Sayap Kuartermaster PUTD kepada enam anggota LLP yang telah menamatkan Kursus Kuartermaster serta memakaikan Pingat Perkhimatan Setia (PPS) kepada enam anggota LLP PUTD.

Turut hadir Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim,  Ketua Staf MKTD, Mej Jen Dato’ Shahrani Mohd Sany,  Panglima 7 Bgd,  Brig Jen Mohd Hassan Loman dan Pengarah PUTD, Kol Suhaimi Hussain (TUDM).

 

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close