Semasa

Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

 

KUALA LUMPUR: Seramai 27 pegawai kanan dari pelbagai Kor Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang di sempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Wisma Perwira TD pada 17 Mac 2016.

Pemakaian pangkat di dahului oleh Mej Jen Dato’ Shahrani Mohd Sany yang dinaikkan pangkat dari Mej Jen ke Lt Jen dan menjawat jawatan sebagai Panglima Angkatan Bersama.

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat Brig Jen ke Mej Jen dahului oleh Brig Jen Hasagaya Abdullah yang dinaikkan pangkat dan menjawat jawatan sebagai Panglima 4 Div manakala Brig Jen Datuk Adnan Hj Abu Bakar turut di pakaikan pangkat yang sama dan menjawat jawatan sebagai IJ BITD.

Manakala tiga  pegawai kanan kenaikan pangkat Kol ke Brig Jen dan enam pegawai dinaikan pangkat Lt Kol ke Kol serta 15 pegawai dinaikkan pangkat daripada Mej ke Lt Kol.

PTD mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan serta mengucapkan terima kasih kepada isteri pegawai yang dinaikkan pangkat kerana turut sama menjayakan acara pada kali ini kerana sesungguhnya sokongan mereka yang tidak berbelah bagi dalam memberikan semangat serta kekuatan kepada semua pegawai-pegawai kanan agar lebih berusaha untuk menjadikan TD sebagai satu organisasi yang unggul dan berwibawa serta dipandang tinggi.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Dato’ Seri Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD,  Lt Jen Dato’ Seri Zulikple Hj Kassim.

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close