Bersama PemimpinSemasa

MMR HTD Ke-83

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD),  Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyempurnakan Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) sempena sambutan Hari Tentera Darat Ke-83  yang dihadiri oleh pegawai dari pelbagai Kor dan Rejimen Tentera Darat (TD) diiringi alunan muzik dari Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)  bertempat di Wisma Perwira ATM pada 11 Mac 2016.

Majlis yang penuh istiadat ini  bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang terjalin dan pada masa yang sama memperkukuhkan lagi adat serta budaya rejimental yang diamalkan sejak sekian lama serta merupakan salah satu acara yang terdapat dalam jadual sambutan HTD.

Dalam ucapan PTD, beliau dengan rasa terharu mengalukan-alukan serta menzahirkan ribuan ucapan terima kasih diatas kehadiran Mantan PTD  ke majlis ini.

“Sebagai warga TD, kita mestilah sentiasa patuh serta kotakan janji setia yang tertera di watikah pelantikan oleh Seri Paduka Baginda (SPB) Yang Dipertuan Agong (YDA) kerana berkat usaha anda semua, organisasi TD hari ini berdiri megah dan teguh dalam kelasnya yang tersendiri”,ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat Lt Jen Dato’ Sri ZulKiple Hj Kassim.

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close