Islamic StateKeganasanRencana

Melawan Naratif-Naratif IS/ISIS/DAESH

Pelbagai usaha dan tindakan telah dilakukan oleh banyak pihak yang terlibat dengan usaha melawan naratif serta propaganda Islamic State in Iraq and Al Sham (ISIS) yang juga dikenali sebagai Ad Dawla Al Islamiyyah Fi Iraq Wa Ash Sham (DAESH). Namun begitu, usaha melawan naratif-naratif ISIS ini dilihat masih kurang berkesan kerana masih ada segelintir umat Islam amnya dan segelintir anggota ATM khususnya yang masih terlibat dengan fenomena ISIS ini. Melalui kaji selidik yang telah dilaksanakan serta maklumbalas dari program-program ceramah yang telah dilaksanakan oleh Task Force PERISAI WIRA, masih ada segelintir anggota ATM yang tidak memahami naratif-naratif yang disebarkan oleh ISIS melalui saluran propaganda mereka terutamanya melalui platform media sosial.

Memahami naratif-naratif ISIS adalah perkara yang amat penting kerana ini lah punca yang menyebabkan masih ada segelintir umat Islam dan anggota ATM cenderung menyokong atau bersimpati dengan perjuangan ISIS. Malah disebabkan ketidakfahaman  serta kekeliruan umat Islam tentang naratif ISIS menyebabkan mereka menganggap bahawa perjuangan ISIS untuk menegakkan Khilafah Islamiyah itu sebagai satu tuntutan agama tanpa menyedari bahawa agama Islam hanyalah dijadikan sebagai alat untuk meraih sokongan, merekrut pengikut, menggalakkan umat Islam berhijrah ke Khilafah Islamiyah ciptaan mereka dan seterusnya mewajibkan umat Islam berbai’ah kepada Abu Bakar Al Baghdadi selaku Khalifah  bagi seluruh umat Islam di dunia ini. Justeru, artikel ini dikeluarkan bagi menangkis serta melawan naratif-naratif ISIS agar umat Islam tidak lagi terkeliru dengan propaganda ISIS serta tidak lagi menyokong perjuangan utopia ISIS untuk menegakkan sebuah Khilafah Islamiyah.

Klik Untuk Baca Lagi

 

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close