Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Kecemerlangan Budaya Kerja KEMENTAH

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein diiringi Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang Tahun 2016 Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) bertempat di Auditorium KEMENTAH pada 24 Mac 2016.

Tahun ini seramai 10,615 penerima anugerah terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seramai 7300 penerima Tentera Darat (TD), 1200 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), 1202 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dan 913 penjawat awam yang bertugas di bawah Kementerian Pertahanan di seluruh negara.

Dalam ucapan MENHAN, beliau menyatakan rasa bangganya terhadap kecemerlangan budaya kerja yang ditunjukkan oleh seluruh warga KEMENTAH yang bertungkus-lumus berterusan memberikan perkhidmatan terbaik serta berkualiti tinggi.

“Sesungguhnya, penganugerahan yang diberikan ini menunjukkan bahawa setiap kerja kuat, pengorbanan serta sumbangan yang anda berikan sentiasa dihargai dan tidak pernah dipandang sepi kerajaan, khususnya KEMENTAH dan untuk menyuburkan lagi kecemerlangan yang telah diukir dengan mengiktiraf segala kecemerlangan tersebut”, ujarnya.

Pada masa yang sama seramai 24 orang pelajar lepasan SPM menerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015.

Turut hadir Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad.

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close