HUTSemasaWanita TD

HUT JKHEW TD Ke-34

KUALA LUMPUR: Seramai 12 pegawai  dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) wanita TD dari pelbagai kor diketuai oleh Lt Kol (Dr) Hafsah Osman Ramli terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun Penubuhan Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat (JKHEWTD) Ke-34 yang disempurnakan oleh Pengerusi JKHEW TD, Brig Jen Dato’ Norhuda Ahmad bertempat di Padang Kawad Rejimen 515 Akar Wataniah (AW) pada 24 Mac 2016.

Perbarisan ini diiringi Pancaragam Wanita TD yang bertujuan untuk menonjolkan keunggulan wanita TD sebagai entiti kesatuan yang mendokong elemen pembangunan sumber manusia dan keutuhan organisasi TD yang gah pada masa kini.

Dalam ucapan Pengerusi JKHEWTD, beliau menegaskan bahawa selama 34 tahun jawatankuasa ini telah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian yang yang memaksa jawatankuasa ini bertindak tegas bagi memastikan wanita TD turut maju di dalam arus pembangunan serta permodenan TD.

“Sejak bermulanya penglibatan wanita di dalam TD pada tahun 1964, banyak kejayaan telah dicapai dan dikecapi, oleh itu amat wajar sejarah wanita TD dibukukan agar ianya menjadi rujukan dan tatapan kepada generasi baharu anggota TD khasnya dan masyarakat amnya”, ujarnya.

Acara diteruskan dengan perjumpaan dan sesi dialog wanita TD bersama Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohd Noor dan ceramah perundangan yang bertajuk Gangguan Seksual disampaikan Pemangku Pengarah Undang-Undang Cawangan Sumber Manusia, Lt Kol Azlan Iskandar Dato’ Abd Ghani.

Turut hadir mantan Pengerusi JKHEW TD, Mej Jen Dato’ (Dr) Roshidah Ishak.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lihat juga

Close
Back to top button
Close