Bersama PemimpinHUTSemasa

PTD Beramah Mesra Bersama Kontinjen Perbarisan

NEGERI SEMBILAN: Seramai 4500 pegawai dan Lain-Lain Pangkat (LLP) anggota kontijen perbarisan terdiri daripada pelbagai kor dan rejimen Tentera Darat (TD) terlibat dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Panglima Tentera Darat  Sempena Hari Tentera Darat Ke-83 yang disempurnakan oleh PTD, Jen Tan Sri  Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 29 Feb 2016.

Dalam Majlis tersebut, PTD turut menyampaikan saguhati dan sijil penyertaan kepada peserta Ujian Seksyen Tempur TD serta merasmikan Pelancaran Buku Lagu-Lagu TD yang menghimpunkan lagu-lagu rejimental kesemua kor, rejimen dan pasukan dalam TD.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat (PMB), Lt Jen Dato’ Sri ZulKiple Hj Kassim dan Pegawai Kanan TD.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close