2 DivSemasa

Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Pahlawan Hj Zulkifli Mansor

PERAK:         Seramai 15 pegawai dan 254 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan 2 Rejimen Renjer Diraja (RRD) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Pahlawan Hj Zulkifli Mansor bertempat di Padang Kawad 2 RRD pada 16 Feb 2016.

 Perbarisan ini bertujuan menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh Mej Jen Dato’ Pahlawan Hj Zulkifli Mansor yang telah berkhidmat di dalam ATM selama 40 tahun  yang akan bersara selain memberi tabik hormat yang terakhir kepada beliau yang pernah menjadi Pegawai Memerintah di 2 RRD satu ketika dahulu.

Dalam ucapannya beliau berasa amat berbesar hati serta berbangga di atas persembahan perbarisan yang mantap dan segak serta menzahirkan rasa teruja kerana diberikan peluang untuk mengambil tabik hormat bagi kali terakhir   dalam perkhidmatannya dan berpesan kepada seluruh warga 2 RRD agar sentiasa menjunjung tinggi Ikrar Kesatria..

 “Saya menyeru kepada semua perwira agar sentiasa menjunjung tinggi dan menghayati ikrar kesatria yang sering dilafazkan agar maruah dan nama baik TD amnya dan RRD khasnya akan terus terpelihara demi menjunjung sumpah kesatria yang menjadi teras perjuangan kita,” katanya.

Turut hadir  Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri  Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor , Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar dan  Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Fadzil Mokhtar

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close