Bersama PemimpinMK TDSemasa

Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri  Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD bertempat di Pejabat PTD pada 4 Feb 2016.

Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat Brig Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah yang dinaikkan pangkat ke Mej Jen sekaligus menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM manakala Kol Muhammad Anwar Abdullah dinaikkan pangkat Brig Jen dan akan memegang jawatan Pengarah Pengurusan Latihan (PPL) Markas Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MPL&TD) dan akhir sekali Lt Kol Mohd Tahar Abdul Razak dinaikkan pangkat Kol sebagai Pengarah Sekretariat Markas TD (MK TD).

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Ketua Staf Markas Tentera Darat (KS MKTD), Mej Jen Dato’ Shahrani Mohd Sany dan Pegawai Kanan TD.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close