Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Kebajikan Anggota dan Veteran ATM Terpelihara

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussein diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin menghadiri Majlis Perutusan Khas Tahun Baharu 2016 bertempat di Wisma Perwira ATM pada 15 Feb 2016.

MENHAN memulakan ucapan dengan mengenang jasa para perajurit terkorban semasa berjuang serta yang telah bersara kerana tanpa pengorbanan mereka, Kementerian Pertahanan tidak akan berdiri gah, dihormati, disanjungi, dan mempunyai kewibawaannya yang tersendiri sebagaimana hari ini.

Turutnya lagi, beliau akan sentiasa berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mengangkat serta memberikan fokus terutamanya terhadap penambahbaikan kebajikan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sehubungan itu, terdapat Empat Aspek utama yang difokuskan bagi mendokong hasrat tersebut iaitu Aspek Pertama ialah menambahbaik sistem tred (kepakaran) dengan peningkatan tangga gaji hingga ke Band 5 kepada semua anggota LLP ATM tanpa mengira tred disamping memberi satu kenaikan band secara one-off  kepada 19,436 veteran yang berpencen mulai 1 Jan 2013.

Aspek Kedua iaitu perumahan, beliau menyatakan sejumlah RM 1.2 bilion diperuntukan bagi pembinaan sebanyak 4000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT)  di 11 lokasi seluruh negara bagi meningkatkan taraf hidup serta keselesaan warga ATM disamping menaikkan lagi semangat dan moral warga ATM untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dan efisien manakala sebanyak RM 18.357 juta pula diperuntukan bagi senggaraan RKAT pada tahun ini.

Aspek Ketiga iaitu Pendidikan, beliau mengumumkan bahawa satu inisiatif telah diambil dengan memberikan Anugerah Kecemerlangan Pelajar (AKP) sebagai pengiktirafan kepada anak-anak cemerlang dalam bidang akademik di peringkat PT3, SPM dan IPTA yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selain turut memberikan kemudahan bas sekolah berserta perlindungan insurans merangkumi 76 kem di seluruh negara yang akan dinikmati seramai 11,275 anak anggota ATM setiap hari.

Aspek Keempat pula adalah kebajikan Veteran ATM di mana Kementerian Pertahanan sentiasa prihatin dan berusaha dalam menjamin keselesaan anggota Veteran ATM dengan membina 100 buah rumah serta membaik pulih sebanyak 100 buah rumah sedia ada di seluruh negara  bermula 16 Feb 2016.

‘Kesemua ini kita lakukan adalah semata-mata mahu memastikan yang kebajikan anggota dan Veteran ATM dapat ditambahbaik serta diperjuangkan dengan sebaik mungkin’, ujarnya.

Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih serta penghargaan kepada seluruh Warga ATM di atas sumbangan perkhidmatan yang cemerlang dan berharap agar rekod ini dapat dikekalkan pada masa akan datang.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad, Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL) Laksamana Madya Dato’ Anuwi Hassan mewakili Panglima Tentera Laut,  Panglima-panglima Perkhidmatan dan Pegawai Kanan ATM.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

One Comment

  1. Putus kaki dibawah lutut dapat 28%.. yang diperolehi bila pencen RM 180.00, (putus kaki kerena berperang). kalau cukup, jangan naikkan, kalau fikirkan sikit, boleh nakan sikit. tapi jangan bandingkan dengan embuhan OKU yang tak berjasa. banyak atau sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close