BAKAT TD Memeriahkan Program “Tanyalah Ustaz”

SELANGOR: Seramai 15 Ahli Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) bersama-sama 35 warga Tentera Darat (TD) menyertai program TV 9 “Tanyalah Ustaz” bertempat di Studio 2 TV3, Glenmarie, Shah Alam pada 16 Feb 2016.

Slot khas berbentuk keagamaan ini diadakan bersempena dengan Hari Ulang Tahun  TD Ke-83 dengan membawa tajuk “Inilah Barisan Kita” yang mengetengahkan konsep peperangan dalam islam.

Semua peserta yang hadir turut diberi kesempatan untuk melawat sekitar studio bagi didedahkan bagaimana sesebuah program televisyen dikendalikan untuk ditayangkan di kaca televisyen.

Turut dijemput dalam slot khas tersebut, Sjn Mej Regimen (SMR) Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), PW I Mohd Fikri Ramli yang mewakili TD sebagai penceramah jemputan.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close