Bersama PemimpinSemasa

Pertukaran Tampuk Pemerintahan Panglima Latihan TD

NEGERI SEMBILAN: Seramai 148 Pegawai dan 2300 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Latihan Tentera Darat (TD) diantara Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki dengan Mej Jen Dato’ Paduka Tengku Ahmad Noor Tuan Chik disaksikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 13 Jan 2015.

Beliau menyerahkan tugas serta tanggungjawab sebagai Panglima Latihan TD yang dijawat sejak 16 Dis 2013 dan akan bertukar ke Markas Tentera Darat (MK TD) menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf (AKS) Cawangan Sumber Manusia(CSM).

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa bangganya terhadap pencapaian Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat(PL&DTD) dalam kejayaan merangkul 13 Anugerah Piala dalam Pertandingan Anugerah Pengurusan dan Inovasi Tentera Darat (AP&ITD) Tahun 2015 serta berharap agar kejayaan ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan lagi di masa hadapan.

Selain itu, beliau turut mengumumkan rancangan pembangunan PL&DTD di masa hadapan seperti penstrukturan semula PL&DTD secara holistik, pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) baru bagi memenuhi keperluan semasa di Port Dickson (PD), cadangan pemindahan Pusat Latihan Askar Wataniah(PUSWATAN) serta Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT) ke PD, Penggabungan Pusat Latihan Bantuan Tempur yang melibatkan Pusat Latihan Kor Armor Diraja(PULAMOR), Pusat Latihan Mekanize (PULAMEK) dan Pusat Latihan Artileri(PUSARTI) ke Gemas serta cadangan penubuhan Elemen Logistik yang melibatkan Elemen Workshop, Fleet Kenderaan, dan Skuadron Semboyan di PD.

“Saya berharap agar saudara dan saudari terus menyumbang idea serta input yang bernas agar Pemerintahan Latihan TD sentiasa relevan serta mantap dalam meningkatkan imej dan kualiti TD”, ujarnya.

Turut hadir Pengarah Pengurusan Latihan Brig Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah, Ketua Staf Markas Latihan TD Kol Ibrahim Yasir.

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close