Semasa

Perbarisan Penghargaan Mantan Pengarah Direktorat Peperangan Informasi

KUALA LUMPUR: Seramai 15 Pegawai serta 257 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Rejimen Semboyan Diraja (RSD) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Mantan Pengarah Direktorat Peperangan Informasi Mej Jen Dato’ Noordin Hj Mohd Yusoff bertempat di Padang Kawad Maktab Tentera Darat  (MTD) pada 5 Jan 2015.

Dalam ucapannya beliau berasa amat berbesar hati serta berbangga di atas persembahan perbarisan yang mantap dan segak serta menzahirkan rasa teruja kerana diberikan peluang untuk mengambil tabik hormat bagi kali terakhir dalam perkhidmatannya selama 42 tahun sekaligus menyampaikan pesanan kepada seluruh warga RSD.

“Perkembangan Teknologi Komunikasi telah membawa cabarannya yang  tersendiri kepada RSD dimana teknologi baru ini adalah sangat dinamik kerana untuk bergerak seiringan dengan perkembangan baru ini, saya menyeru seluruh warga RSD agar sentiasa berusaha untuk memantapkan lagi pengetahuan ilmu semboyan ke peringkat yang lebih tinggi lagi,”tegasnya.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Pengarah Direktorat Peperangan Informasi, Brig Jen Basri Kasban, Pengarah Semboyan Markas Pemerintahan Medan Barat Brig Jen Zaharin Jamil, Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Hj Ridzuan dan warga Veteran RSD.

QC9A1119

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close