Commanding General of The Philippines Army Lawat Markas PL&DTD

NEGERI SEMBILAN:Commanding General of The Philippines Army Lt Gen Eduardo MAno melakukan lawatan rasmi  ke Markas (MK) Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PL&DTD) bersama Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada 19 Jan 2016.

Terdahulu dari itu, sebaik sahaja tiba di Dataran PL&DTD beliau disambut oleh Panglima Latihan Tentera Darat Mej Jen Dato’ Paduka Tengku Ahmad Noor Tuan Chik disertai dengan penerimaan tabik hormat dari Kawalan Kuarter Suku Pasukan.

Tujuan utama lawatan beliau ke MK  PL&DTD adalah sebagai kesinambungan lawatan rasminya ke Malaysia serta perbincangan terhadap peningkatan kualiti Latihan dan Doktrin Tentera Darat kedua-dua negara.

Turut hadir Asisten Ketua Staf (AKS) Cawangan Sumber Manusia (CSM), Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki, Ketua Pengarah Doktrin PL&DTD Brig Jen Dato’ Othman Hj Jamal, Pengarah Pengurusan Latihan (PPL) Brig Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah, Pengarah Doktrin Kol Khaswadi Lahuri, Pengarah Sumber Maklumat Kol Mokhtar Yassin, Ketua Staf PL&DTD Kol Ibrahim Yasir, dan warga PL&DTD.

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close