Semasa

Seminar SMR TD 2015

NEGERI SEMBILAN: Seramai 174 Sarjan Mejar Rejimen (SMR) dari pelbagai kor dan pasukan Tentera Darat (TD) terlibat dalam sesi Dialog Bersama Panglima Tentera Darat (PTD) , Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sempena Seminar Sarjan Mejar Rejimen Peringkat TD Tahun 2015 bertempat di Auditorium Muzium TD pada 23 Dis 2015.

Seminar ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi SMR pasukan dalam menguruskan pasukan masing-masing selain berkongsi idea dalam pengurusan pasukan.

Dalam ucapan PTD beliau menegaskan tugas dan peranan SMR adalah menjadi perantara anggota bawahan dengan peringkat atasan dan berharap agar SMR memainkan peranan dan mendengar permasalahan serta bergerak aktif dalam pasukan agar segala masalah dapat dikesan lebih awal.

Turut hadir Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, AKS Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Shahrani Mohd Sany

Gambar: Mohd Rizal Ghazali

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close