Semasa

RS Sambut HUT Ke Tujuh

PERLIS: Seramai 500 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Sempadan (RS) terlibat dalam Perbarisan Sambutan HUT RS kali ke tujuh yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama (PAB) merangkap Pengerusi Kor RS, Lt Jen Datuk Baharom Hamzah bertempat di Padang Kawad Kem Cowder pada 22 Dis 2015.

Terdahulu Pengerusi Kor menyampaikan anugerah kepada Kpl Satar Mohd Lazim dan Kpl Suhairi Mohamad dari Batalion Pertama RS diatas keberanian dua angota RS yang terlibat dalam OP Murni semasa banjir di Kelantan yang berjaya menyelamatkan seorang ibu dan anaknya berusia lima tahun daripada dibawa arus deras ketika banjir.   

Dalam ucapan Pengerusi Kor, beliau berkata penglibatan anggota RS dalam operasi bantuan bencana banjir di Kelantan tahun lepas harus diteladani oleh anggota lain memandangkan pada waktu itu, ada antara mereka sendiri yang turut ditimpa musibah yang sama.

“Selain membantu dalam meningkatkan tahap pengawasan dan keselamatan perbatasan negara, RS juga memainkan peranan dalam pelbagai operasi antaranya Op Pasir dan Daratan di Sabah, Op Kota B/C/D serta Op Wawasan di Kedah dan Kelantan selain Op Murni dan Pasca Banjir di Kelantan,” katanya.

Turut hadir Panglima 30 Briged, Brig Jen Zainal Abidin M.Said, Panglima 31 Briged, Brig Jen Jamaluddin Jambi, Ketua Pengarah CSM, Brig Jen Adnan Hj Ariffin, Pegawai-pegawai kanan, Pegawai-pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat RS. 

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lihat juga

Close
Back to top button
Close