Semasa

Program Jiwa Murni Erat Hubungan KP ATM Dengan Penduduk

PAHANG: Seramai 27 Penuntut bersama Jurulatih Gerak Saraf Perang Saraf (GSPS) Kelas II dari Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia (KP ATM) terlibat dalam Program Jiwa Murni bersama penduduk kampung yang dirasmikan oleh ADUN Luit Cik Nurhidayah Hj Shahaimi bertemakan Tentera Bersama Rakyat bertempat di Kampung Serengkam Mukim Luit Dua pada 2 Dis 2015.

Objektif program adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada penuntut tentang penugasan sebenar operator GSPS dalam proses mendekati pihak awam melalui aktiviti yang akan dijalankan dan menilai keupayaan penuntut dalam mempraktikkan pengetahuan di silibus pembelajaran GSPS di medan.

Dalam ucapan ADUN Luit beliau merakamkan penghargaan kepada KP ATM kerana memilih kampung Serengkam yang mana program ini membabitkan kerjasama tentera dengan penduduk setempat yang membuktikan anggota tentera komited bukan sahaja dalam menjaga keselamatan negara tetapi juga dalam membantu masyarakat dan penduduk setempat.

“Disamping itu, saya mohon KP ATM menjadikan kami sebagai keluarga angkat dan mengadakan program seperti ini setiap tahun bagi membolehkan hubungan baik terjalin dengan masyarakat serta kerjasama berterusan antara kedua-dua pihak, ”katanya.

Antara aktiviti yang diadakan seperti gotong-royong membersihkan masjid, memotong rumput di sekeliling sekolah, mengecat, tazkirah serta program sukan bersama penduduk kampung.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Luit Maran Abd Ghaffar Barat,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Serenkam Tuan Hj Khairuddin Hj Kechik, Pengerusi Masjid Kampung Serengkam Sharrrif Mat Tan, Pengerusi Pangkalan Hadapan Sekolah Kebangsaan Serengkam Mohd Firdaus Samsul Bahrin, Pemangku Komandan KP ATM Lt Kol Ahmad Samsuri Saaban, Ketua Fakulti Kepakaran KP ATM Kapt Nurul Ifziah Zainudin serta wakil daripada agensi-agensi kerajan.

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close