MINDEFSemasa

PERNAMA Taja Kalendar ATM 2016

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin menghadiri Majlis Penyerahan Kalendar Perwira Nasional Malaysia (PERNAMA) Tahun 2016 yang diserahkan oleh Pengerusi PERNAMA Jen Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Hj Zainal (B) bertempat di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 18 Dis 2015.

Kalendar PERNAMA Tahun 2016 bertemakan Bantuan Kemanusiaan dan Pengurusan Bencana dipilih bertujuan untuk memaparkan pengorbanan serta keupayaan ATM yang tidak sahaja terhad dalam menjaga kedaulatan serta keselamatan negara malahan mempunyai kepakaran tenaga dan jentera dalam membantu ketika berlakunya bencana.

Dalam ucapan PAT beliau mengucapkan syabas kepada PERNAMA diatas pemilihan tema serta konsep penerbitan pada kali ini kerana beliau amat yakin bahawa kalendar ini akan menjadi bahan bacaan alternatif untuk tatapan para pembaca khususnya kepada pegawai dan anggota tentera.

“Liputan mengenai operasi bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana yang melibatkan anggota tentera adalah amat terhad sekali kerana lazimnya pihak media cetak dan elektronik hanya menyentuh secara sepintas lalu serta tidak menonjolkan peranan utama yang dimainkan oleh ATM,”tegasnya.

Turut hadir Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Madya Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Udara (PTU) Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Roslan Saad dan Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close