Semasa

Perbarisan Penghargaan Mantan Eksekutif MiDAS

KUALA LUMPUR: Seramai 15 pegawai dan 210 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) terlibat dalam Perbarisan Sempena Persaraan Mantan Ketua Eksekutif Malaysian Institute Of Defence & Security (MiDAS), Lt Jen Datuk Dr William Stevenson bertempat di Padang Kawad Kem Batu Kentonmen pada 1 Dis 2015.

Dalam ucapan beliau menyatakan penugasan dan perkhidmatan di medan telah memberi banyak pengalaman dan pembelajaran yang tidak dapat dinilai memandangkan beliau telah ditauliahkan dan mula berkhidmat di pasukan pada umur 19 tahun pada ketika itu.

“Sesungguhnya sepanjang perkhidmatan saya di dalam tempoh tersebut pelbagai pengalaman pahit manis yang dilalui sepanjang melaksanakan tugas diantaranya semasa saya terlibat dengan operasi melawan keganasan di persempadan Malaysia-Thailand antara tahun 1976 hingga 1979”, ujarnya.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Jurutera, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Abdul Nasser Ahmad, Pegawai-pegawai Kanan TD, wakil National Stategy Unit (NSU), wakil Kementerian Kewangan, SMR TD dan PW I Hayazi Abdul Aziz.

 [box type=”info” align=”” class=”” width=””]Gambar-gambar di sekitar Perbarisan Penghargaan Mantan Eksekutif MiDAS di Galeri Foto[/box]


 

LATAR BELAKANG PERIBADI

  • Tarikh Lahir: 28 Disember 1955
  • Tempat Lahir: Batu Berendam, Melaka
  • Nama Isteri: Datin Angela Valerie Bakar
  • Cahaya Mata:
    • Mendiang Lt Aaron William Stevenson (TLDM)
    • Abel Mark Stevenson
    • Brian Adam Stevenson
  • Nama Bapa: Capt (Dr) A.D. Stevenson
  • Nama Ibu: Mdm Betty Beng Neo
  • Sukan Yang Diminati: Golf

LATAR BELAKANG PERKHIDMATAN (41 TAHUN dan 6 BULAN)

  • Tarikh Tauliah:  Beliau telah menjalani latihan kadet mulai April 1974 di Kem Sebatang Karah, Port Dickson diikuti dengan Latihan Pegawai Kadet di Royal Military College (RMC), Sungai Besi, Kuala Lumpur dan ditauliahkan pada 15 Mei 1975 sebagai Pegawai dalam Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).
  • Jawatan Yang Pernah Disandang:
    • Ketua Terup di 5 Skuadron Jurutera Medan (1975 – 1979)
    • Penolong Pemerintah 8 Skuadron Jurutera Medan (1982 – 1983)
    • Ajutan dan disusuli jawatan Pemerintah No 1 Skuadron Bina, 91 Rejimen Pembinaan (1983 – 1985 )
    • Ketua Jurulatih Latihan Pegawai di institut Kejuruteraan Medan (IKEM), Ketua Jurulatih Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) dan Institut Pegawai Kanan (INSPEKA) (1986 – 1987)
    • Ketua Cawangan peperangan dan Inokulasi dan Jurulatih di PULADA (1988 – 1990)
    • Pegawai Staf 2 Latihan di Jabatan arah Jurutera dan Pegawai Staf 1 Sistem di Bahagian Inspektorat Tentera Darat, Markas Tentera Darat (1992 – 1994)
    • Pemangku Inspektor Jeneral Tentera Darat (1995 – 1996)
    • Ketua Staf Juruarah di Institut Pengurusan Tentera Darat dan sebagai Pemangku Komandan Institut Pegawai Kanan (INSPEKA) (1999 – 2006)
    • Inspektor Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (1 Jun 2006 – 20 April 2010)
    • Pengarah Eksekutif Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) (21 April 2010 – 30 Jan 2013)
    • Ketua Eksekutif Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) (31 Jan 2013 – 1 Dis 2015)
  • Penglibatan Dalam Operasi:
    • OP NAGA (sempadan Malaysia-Thailand pembersihan jerangkap samar serta tanaman jerangkap samar, pembersihan bom atau UXB pada 1976-1979)
    • OP SELAMAT SAWADEE dan OP CHAYA BINA (operasi kerja-kerja kejuruteraan seperti pembinaan kem-kem keselamatan sepanjang lebuhraya Timur-Barat dan operasi bersama Tentera Thailand  pada 1976-1979)
  • Kursus Luar Negara Yang Telah Dihadiri:
    • Kursus Asas Kejuruteraan Medan di School of Military Engineering di Liverpool, New South Wales, Australia,
    • Defence Resources management di Naval Post Graduate School, Monterray, California, USA
    • Senior Executive Program in National and International Security, di Harvard Kennedy School of Government, Harvard University, Boston, USA)

LATAR BELAKANG AKADEMIK

  • Pendidikan Awal: Sekolah Rendah dan Menengah di Anglo Chinese School (ACS), Melaka
  • Pencapaian Akademik:
    •  Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Master of Business Administration (MBA) dari Heriot – Watt University, Edinburgh, UK
    • Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Latihan (Doctorate in Philosophy Majoring in Training Management) dari Universiti Putra Malaysia
    • Pegawai Tentera Darat Malaysia yang pertama memperolehi Ijazah kedoktoran (PhD)

Penganugerahan

  • Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Dato’ Pahlawan dari DYMM Sultan Perak (2007)
  • Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dengan gelaran Datuk (2013)
  • Pingat Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk dari SPB Yang DiPertua Agong (2014)

LAIN-LAIN

  • Pengerusi Network of ASEAN Defence Institutions (NADI) (2015)
  • Pengerusi Lembaga Disiplin Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT)
  • Pengerusi Persatuan Skuasy Angkatan Tentera Malaysia (PSATM) (2006 – 2015)
  • Pensyarah sambilan di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FPP), Universiti Malaya program Master of Business Management (MBA) (2005)
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close