Bersama PemimpinSemasa

Perajurit Muda Tamat Latihan

NEGERI SEMBILAN: Seramai 1595 Perajurit Muda (PM) Lelaki dan 38 PM Wanita terlibat dalam Perbarisan Tamat Latihan PM Lelaki Siri 178/2015 dan Wanita 40/2015 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 12 Dis 2015.

Latihan PM dilaksanakan selama 24 minggu yang mana latihan dijalankan secara konvensional mengikut objektif yang telah diselaraskan supaya setiap PM dapat menjalani latihan dalam waktu, tempat, kondisi serta bentuk latihan yang sama agar dapat melengkapkan PM dengan pengetahuan dan kemahiran asas ketenteraan sebelum diserapkan ke dalam pelbagai kor dalam Tentera Darat (TD).

Enam PM dianugerahkan Perajurit Muda Terbaik mengikut kategori dimulai oleh  PM Mohamad Faiz Osman yang dianugerahkan PM Keseluruhan Terbaik dan Akademik Terbaik diberikan kepada PM Ibrahim Rapie manakala Jasmani Terbaik PM Mohamed Syahir Rohani .

Bagi kategori Kawad Terbaik dianugerahkan kepada PM Roza Hazwan Rahzali dan Penembak Terbaik dianugerahkan kepada Perajurit Muda Muhammad Khairul Anwar Kamal Asnawi dan akhir sekali Anugerah PM Wanita Terbaik disandang oleh Nur Akmal Azira Mohd Kamal.

Dalam Ucapan PTD, beliau menzahirkan rasa bangga serta mengucapkan tahniah kepada PM kerana telah berjaya mempamerkan satu perbarisan yang segak dan kemas lagi penuh bergaya.

“Saya berharap saudara dan saudari sekalian agar sentiasa menjaga nama baik TD dengan mempamerkan tahap professional dan akhlak yang tinggi serta sentiasa mengutamakan pelaksanaan tugas melebihi kepentingan diri sendiri,” ujarnya.

PTD turut mengingatkan kepada Perajurit Muda terhadap kegemilangan yang telah dibina kukuh oleh warga terdahulu agar tidak menjadi musuh dalam selimut serta parasit yang boleh merosakkan nama baik TD.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Pengerusi Kor Kesihatan Diraja (KKD), Lt Jen Datuk (Dr) Hj Abd Razak Hj Md Yusoff dan Panglima Latihan TD Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki.

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close