Semasa

Penutup Kursus SPPP Siri 18/2015

NEGERI SEMBILAN: Seramai 29 penuntut kursus  terdiri daripada pegawai  Tentera Darat (TD) terlibat dalam Majlis Penutup Kursus  Sarjana Pengurusan Pemerintah Pasukan (SPPP) Siri 18/2015 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Dewan Al-Farabi Institut Pengurusan Pegawai Kanan Tentera Darat (INSPEKA) pada 23 Dis 2015.

Kursus ini dijalankan selama satu tahun dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) yang bertujuan melatih dan melahirkan bakal Pegawai-pegawai Memerintah yang mahir dalam bidang pengurusan.

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya, selain beliau turut menyatakan kepada penuntut supaya tidak takut untuk mencuba benda yang baharu untuk kebaikan pasukan masing-masing.

Turut hadir Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, AKS Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Shahrani Mohd Sany, Timbalan Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan UM, Prof Madya Rubi Ahmad.

Gambar: Mohd Rizal Ghazali

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close