Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Kunjungan Hormat Chief Of Defence Forces Royal Thai Armed Forces

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin menerima kunjungan hormat Chief of Defence Force Royal Thai Armed Forces, Jen Sommai Kaotira bertempat di Perkarangan Wisma Pertahanan pada 21 Dis 2015.

Sebaik sahaja tiba di Perkarangan Wisma Pertahanan, Jen Sommai Kaotira menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) terdiri daripada 3 pegawai serta 103 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Mej Wan Azrul Yahya bersama Pegawai Panji-Panji Rejimen iaitu Kapt Mohd Ridhwan Mohd Asri dan diiringi oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja.

Objektif utama lawatan diadakan adalah kerana Malaysia menjadi negara luar pertama yang dilawati oleh Panglima Angkatan Tentera Thailand secara rasmi setelah beliau mengambil alih tugas mulai 1 Okt 2015 disamping ia merupakan sebagai usaha untuk mengukuhkan hubungan di antara dua negara yang telah terjalin sekian lama khususnya dalam mengawal keselamatan negara dan serantau.

Turut hadir Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, pegawai kanan dan anggota LLP.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close