3 DivBersama PemimpinSemasaTrup TD

Chief of Defence Force Royal Thai Armed Forces Terima Beret Merun Kehormat


KUALA LUMPUR: Chief of Defence Force Royal Thai Armed Forces, Jen Sommai Kaotira dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Bgd Para yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin bertempat di ParaWood 8 Rejimen Renjer Diraja (RRD) pada 22 Dis 2015.

Terdahulu dari itu, Jen Sommai Kaotira dipertonton dengan pertunjukan payung terjun bebas dari Tim Penerjun Bebas Kompeni PANDURA diikuti ­acara Para Ground Traning, Freefall, Repelling/Abseiling/Fast Roping, Tempur Tanpa Senjata (TTS), Renang Tempur dan Tactical Combat Casualty Care (TCCC).

Sebaik sahaja selesai acara penganugerahan, delegasi negara Thailand dipersembahkan Para War Dance atau Tarian Perang yang mana persembahan ini melambangkan keberanian dan kekuatan pahlawan dan hanya dipertontonkan kepada tetamu kehormat negara.

Selain itu, objektif utama penganugerahan ini adalah sebagai simbolik pengukuhan hubungan erat di antara Angkatan Tentera Diraja Thai dan Angkatan Tentera Malaysia.

Turut hadir Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Wira Zamrose Mohd Zain, pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Gambar-gambar di sekitar Chief of Defence Force Royal Thai Armed Forces Terima Beret Merun Kehormat di Galeri Foto
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close