1 Div2 Div3 Div4 DivMK Medan BaratMK Medan TimurMK TDSemasaTask Force 450Trup TD

TD Berinovasi Memacu Transformasi

KUALA LUMPUR: Warga Markas Tentera Darat (MKTD) menghadiri Majlis Sambutan Hari Inovasi Tentera Darat Tahun 2015 bertemakan ‘Tentera Darat Berinovasi Memacu Transformasi’ yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Auditorium KEMENTAH pada 9 Nov 2015.

Dalam ucapan PTD, beliau memohon agar Warga TD berusaha merealisasikan tema hari inovasi dengan mengamalkan pemikiran yang kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab serta mencari penyelesaian dengan cara yang kreatif dan inovatif.

Beliau turut menyeru Warga TD agar jangan diamalkan budaya kerja bagai melepaskan batuk di tangga serta mahu semua Warga TD agar berfikiran lebih berinovasi dan kreatif agar Organisasi TD lebih maju kehadapan.

Keputusan Anugerah Pengurusan dan Inovasi Tentera Darat (AP&ITD) Tahun 2015 dimenangi oleh Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD (PLDTD), Anugerah Pengurusan Tentera Darat (APTD) kategori Pengurusan Pemerintahan dan Divisyen dimenangi oleh PLDTD, sementara itu Kategori Pengurusan Briged dimenangi oleh Markas Briged Kelima Infantri Malaysia (MK 5 Bgd) dan kategori Pengurusan Logistik pula disandang oleh Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (MK 1 Div).

Anugerah Inovasi Tentera Darat (AITD) kategori Inovasi Pengurusan Sumber Manusia dimenangi oleh Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (INSPEKA), kategori Inovasi Pengurusan Kewangan  memperlihatkan kemenangan berpihak kepada Institut Pengurusan TD (IPDA), kategori Inovasi Pengurusan Projek dimenangi oleh Pusat Latihan Armor (PULAMOR), kategori Inovasi Pengurusan Pelanggan disandang oleh Pusat Latihan TD(PULADA), kategori Inovasi Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dimenangi oleh Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PUSTEKMA) dan kategori yang terakhir iaitu Anugerah Pengiktirafan dimenangi oleh MK 12 Bgd.

Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif TD 2015 bagi kategori Pengurusan dimenangi oleh Rejimen Keempat Kor Armor Diraja (4 KAD), Kategori Teknikal pula disandang oleh Institut Kejuruteraan TD (IJED) dan yang terakhir sekali bagi Kategori Hybrid dimenangi oleh Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT) dan Pusat Latihan Peperangan Khas (PULPAK).

Turut hadir Panglima 3 Div, Mej Jen Datuk Zamrose Mohd Zain, AKS Perisikan Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor, Inspektor Jeneral merangkap Pengerusi Ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Inovasi TD, Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail, pegawai kanan TD dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP).


[Best_Wordpress_Gallery id=”49″ gal_title=”4.hari inovasi td”]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close