MK TDSemasa

Perbarisan Penghargaan Pengarah KRD

PAHANG: Seramai 18 pegawai dan 203 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Pengarah Kor Risik Diraja (KRD) yang diadakan di Padang Kawad, Kolej Perisikan ATM, Kem Mentakab pada 3 Nov 2015.

Dalam ucapan, beliau menyatakan sepanjang perkhidmatan di dalam KRD khasnya dan TD amnya banyak mengajar erti kehidupan sebagai seorang tentera seperti aspek disiplin, kesetiaan, dedikasi dan setiakawan merupakan antara ramuan utama dalam kerjaya seorang tentera.

Sebagai pegawai tentera yang telah sebati dengan semangat setia kawan, saya tetap akan bersama-sama dan sentiasa menjadi sebahagian dari warga KRD serta saya tidak akan melupakan perkhidmatan di alam Angkatan Tentera Malaysia khususnya KRD. Organisasi ini telah memberikan saya ilmu, pengalaman dan memori di dalam kehidupan saya sepanjang berkhidmat”, ujarnya.

Turut hadir Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin, Pengarah KRD baru, Kol Mahmud Ahmad, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota LLP KRD.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close