Bersama Pemimpin

PENUTUP EKS SEMANGAT BERSATU SAKSI KEMEGAHAN DUA NEGARA

Chief of Singapore Army, Brig Jen Melvyn Ong bersama Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamaed Noor telah menyempurnakan Majlis Penutupan Eksesais Semangat Bersatu Siri 21/2015 melibatkan Tentera Darat Singapura dan Tentera Darat Malaysia, sepenuhnya dianjurkan oleh Singapura telah dilaksanakan selama 16 hari bermula 2 Nov hingga 17 Nov 2015.

Seramai 400 pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) dari Batalion ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD) dan 3rd Batalion, Singapore Infantry Regiment (3 SIR) terlibat dalam aktiviti ini dan telah mencapai objektif latihan bilateral yang mana pertukaran pengetahuan dan latihan dari kedua-dua negara ini dipraktikkan dalam kaedah  ‘field practice‘ dan ‘fitness challenge‘.

PTD telah menzahirkan penghargaan kepada pasukan 10 RAMD di atas komitmen penuh oleh pegawai dan anggota kerana berjaya menjalani eksesais dengan jayanya disamping menjaga mutu disiplin yang tinggi, keterampilan terpelihara serta ketangkasan dalam latihan diperkukuhkan.

Turut hadir Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Zambrose Mohd Zain, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota LLP. -Cwg Risik 7 Bgd-

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close