3 DivSemasa

Pembukaan EKS SEMANGAT BERSATU Siri 21/2015

SINGAPURA: Seramai 4 pegawai dan 410 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam Pembukaan EKS SEMANGAT BERSATU Siri 21/2015 yang dirasmikan bersama oleh Panglima Medan Wilayah Timur, Lt Jen Dato’ Mohd Zaki Mokhtar (TDM) dan Commander of the Army Training and Doctrine Command (TRADOC),  Brig Jen Chan Wing Kai (Singapore Army) pada 3 Nov 15 bertempat di Kem Selarang.

Eksesais Bilateral Malaysia-Singapura yang diadakan secara tahunan melibatkan seramai 4  pegawai dan 410 LLP terdiri daripada pasukan Batalion Kesepuluh Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD) dan Third Battalion, Singapore Infantry Regiment (3 SIR), akan berlangsung selama 14 hari mulai 3 hingga 17 Nov 15 ini adalah bertujuan untuk bertukar ilmu dan pengetahuan yang memberi manfaat buat kedua-dua pasukan.

Turut hadir menyaksikan penyempurnaan majlis ialah Panglima 7 Briged, Brig Jen Dato’ Ab Aziz Hj Abdullah, Atase Pertahanan Malaysia di Singapura, Kol Hashim Aman Shah dan Peg Memerintah 10 RAMD, Lt Kol Mohd Rafi bin Muhammad. –CWG RISIK MK 7 BGD


[Best_Wordpress_Gallery id=”46″ gal_title=”1.BILATERAL EKS 3 NOV”]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close