3 DivSemasa

Pameran Komunikasi ATM Di Konvensyen Radio Amatur Johor 2015

JOHOR: Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (MK 7 Bgd) telah dijemput untuk sama-sama menyertai program Konvensyen Radio Amatur Malaysia 2015 anjuran Kelab Liga Radio Amatur Malaysia bertempat di Perpustakaan Raja Zarith Sofeah,Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai yang dirasmikan oleh YB Dr Hj Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya pada 14 Nov 15.

 7 Skuadron Semboyan Diraja (7 SSD), diketuai oleh Peg Pem, Mej Fathey bin Yaakob bersama 2 orang pegawai dan enam anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dipertanggungjawabkan mewakili ATM untuk terlibat di dalam acara ini, yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta bengkel konvensyen daripada Brunei, Indonesia, Singapura dan Malaysia akan fungsi dan proses penyampaian maklumat/komunikasi di antara agensi awam semasa berlaku sesuatu bencana.

Selain memberi pendedahan mengenai peranan ATM amnya dan TD khasnya, turut dilaksanakan adalah pameran peralatan semboyan bagi menarik minat peserta terutama golongan belia dan siswa/siswi untuk berkunjung ke booth pameran sepanjang acara berlangsung.

Turut hadir semasa perasmian adalah wakil-wakil daripada agensi awam negeri Johor.  -Cwg Risik 7 Bgd-


[Best_Wordpress_Gallery id=”50″ gal_title=”5.pameran 7 Bgd”]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close