HUTSemasa

HUT KPTD Ke-62

KUALA LUMPUR: Seramai 15 pegawai dan 168 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun KPTD Ke-62 yang disempurnakan oleh Pengerusi KPTD, Brig Jen Dato’ Nasser Hj Murad bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT) pada 12 Nov 2015.

Dalam ucapan Pengerusi Kor, beliau memberi penekanan kepada empat teras utama yang menjadi asas kepada kemajuan KPTD yang perlu dititik beratkan iaitu kesatuan semangat setiakawan atau esprit de corps dalam organisasi, tahap profesionalisma, keterampilan dan kemahiran dalam penugasan, tahap kesiagaan pasukan dan logistik.

Seluruh barisan kepimpinan dan warga KPTD yang masih berkhidmat ini, beriltizam untuk meneruskan usaha murni demi kor yang dicintai ini dengan menitik beratkan kepada sistem pengurusan modal insan yang progesif serta budaya kerja yang cemerlang akan terus digembeling supaya KPTD kekal relevan dan produktif di masa hadapan,”katanya.

Perbarisan diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah Olahragawan dan Olahragawati kepada Kpl Billage Balkan dan LKpl Nurnajwa Hanani Mohd Zahir kerana mengharumkan nama TD amnya dan KPTD khasnya dalam acara pencak silat peringkat antarabangsa.

Turut hadir Pengarah KPTD, Kol  Hj Kamarudin Hj Mustapha, Ketua Cawangan Siasatan Jenayah, Kol Mohd Huzsaire Hj Jantan, pegawai-pegawai kanan, anggota LLP dan warga Vateran KPTD.

Gambar: Lt Azuan Firdaus Abdul Aziz

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lihat juga

Close
Close