Semasa

PRO KEMENTAH Lawat RTM


KUALA LUMPUR: Seramai 31 Pegawai Perhubungan Awam (PRO) KEMENTAH terlibat dalam Lawatan Rasmi ke Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) yang diketuai oleh Ketua Seksyen Pentadbiran Korporat KEMENTAH Dalila Abdul Majid bertempat di Wisma TV Angkasapuri pada 13 Okt 2015.

Lawatan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang Operasi RTM dalam menyalurkan berita kepada penonton di negara ini serta mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin di antara ATM amnya dan TD khasnya.

Sebaik sahaja selesai sesi perbincangan dan penerangan, para peserta lawatan dibawa ke Studio TV dan Studio Radio RTM dimana terdapatnya enam Stesyen Radio Utama seperti Klasik Nasional FM, Asyik FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, dan KL FM.

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close