MINDEFSemasaSukan

Hari Sukan Negara Terap Budaya Hidup Cergas

KUALA LUMPUR: Seramai 600 warga Kementerian Pertahanan dan anggota tentera menyertai Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Pertahanan yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Wira Mohd Johari Baharum bertempat di Padang Kawad Kementah pada 10 Okt 2015.

Objektif Hari Sukan Negara diadakan adalah untuk menerapkan budaya hidup cergas dan aktif dalam sukan dikalangan rakyat disamping memupuk semangat perpaduan, pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan agar dapat meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat serta mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringat akar umbi.

Acara dimeriahkan lagi dengan senamrobik yang diketuai oleh jurulatih dari Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) serta Larian Mesra (fun run) sejauh 1.7 kilometer.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]Gambar-gambar di sekitar Hari Sukan Negara di Galeri Foto[/box]

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close