Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Anggota Cedera ATM Diraikan

KUALA LUMPUR: Seramai 59 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terdiri daripada 45 anggota bersara serta 14 anggota masih berkhidmat diraikan dalam Majlis Meraikan Anggota Cedera sempena Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-82 yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zulkifeli Mohd Zin bertempat di Dewan Seroja pada 15 Okt 2015.

Majlis tersebut bertujuan meraikan anggota yang cedera kekal semasa melaksanakan operasi ataupun latihan berisiko tinggi di dalam dan di luar negara sama ada yang masih berkhidmat ataupun yang sudah bersara selain dapat mengenang jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan.

Turut hadir Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar, Panglima Tentera Udara (PTU) Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi yang mewakili PTD, pegawai -pegawai kanan ATM, dan ahli keluarga anggota cedera.

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close