SemasaSukan

RAMD Juara Liga ATM Tahun 2015

KUALA LUMPUR: Perlawanan Akhir Pertandingan Bola Sepak Liga ATM Tahun 2015 di Stadium KEMENTAH pada 22 Sep 2015 melibatkan pertembungan di antara Pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Pasukan Kor Perkhidmatan Am (KPA) menyaksikan RAMD menang dengan jaringan 2 gol berbalas kosong dan majlis penyampaian hadiah serta penutup disempurnakan oleh Pengarah Infantri, Brig Jen Dato’ Azlan Abdul Rahman yang mewakili Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT) iaitu Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Mohd Zin.

RAMD mendahului dengan jaringan penalti yang disudahkan oleh pemain berjersi nombor 13 iaitu Pbt Muhd Faiz Ibrahim dan pada separuh masa kedua permainan mereka menambah gol kemenangan hasil jaringan oleh LKpl Nohd Zaironi Yusof berjersi nombor 12.

Anugerah Pemain Terbaik Kejohanan telah disandang oleh Kpl Khairul Naim Hamzah dari RAMD, Penjaring Terbanyak pula dianugerahkan kepada LKpl Mohd Zaironi Yusof, manakala Pemain Terbaik Kategori Pegawai dimenangi oleh Kapt Nor Azlan Mohd Noor dari Rejimen Renjer Diraja (RRD), Anugerah Fair Play Liga ATM 2015 dimenangi oleh KPA dan akhir sekali Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir menjadi milik Pbt Mohd Fauzi Mustafa.

Turut hadir, Pengarah KPA Brig Jen Dato’ Nazri Abu Bakar, Setiausaha PBAT Lt Kol Jamal Yaacob, para Pegawai, dan anggota Lain-L


ain Pangkat (LLP).

Gambar: Pbt Ainur Aisyah Yahaya

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close