Semasa

Malbatt 850-2 Selamat Tiba Di Tanah Air

KUALA LUMPUR: Seramai 70 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari  Kumpulan Pertama Malbatt 850-2 yang terlibat dalam United Nations Interim Force in Lubnan (UNIFIL) telah selamat tiba ke tanah air dan disambut oleh Panglima Angkatan Bersama (PAB) Lt Jen Datuk Baharom Hamzah bertempat di Pangkalan Udara Subang pada 9 Sep 2015.

Sebaik sahaja turun dari pesawat mereka terus dibawa masuk ke Dewan Balai Ketibaan untuk mendengar ucapan dari PAB dan dalam ucapannya, PAB mengucapkan selamat kembali ke tanah air dan meluahkan perasaan bangga melihat anggota ATM yang sentiasa Environmental Friendly serta membuatkan pasukan dari negara lain mengkagumi ketahanan fizikal dan mental anggota ATM dalam melaksanakan penugasan.

Turut hadir AKS J5 Laksma Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib Abdul Samad, AKS J9 Brig Jen Dato’ (Dr) Hj Samsudin Hj Suirman, pegawai-pegawai ATM dan keluarga anggota Malbatt 850-2.

Gambar: Pbt Ainur Aisyah Yahaya

Gambar-gambar di sekitar sambutan kepulangan Malbatt 850-2 di Galeri Foto
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close