MK TDSemasa

Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan TD

KUALA LUMPUR: Seramai 31 Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) dari pelbagai kor TD dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Wisma Perwira ATM pada 1 Sep 2015.

Pemakaian pangkat dimulakan dengan kenaikan pangkat Mej Jen Datuk Baharom Hamzah yang dinaikkan pangkat Lt Jen dan lima pegawai kanan di naikkan pangkat Mej Jen iaitu Brig Jen Dato’ Mohd Dalib Basir, Brig Jen Dato’ Zulkapri Rahamat, Brig Jen Mohd Zakaria Hj Yadi, Brig Jen Mohammad Ab Rahman dan Brig Jen Ghazali Hj Ismail.

Seterusnya PTD memakaikan pangkat Brig Jen kepada tujuh pegawai kanan berpangkat Kol dimulai dengan Kol Mas’od Hj Muhammad dan diakhiri Kol Nawawi Daud manakala lapan pegawai kanan dinaikkan pangkat Kol dan 10 pegawai dinaikkan pangkat Lt Kol.

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah dan berharap dengan kenaikkan pangkat ini dapat memberi semangat dan dorongan kepada mereka yang dinaikkan pangkat agar dapat menaikkan lagi imej serta nama TD.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar, pegawai-pegawai kanan TD serta isteri-isteri pegawai kanan yang dinaikkan pangkat.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close