MINDEFMK TDSemasaSukan

Bola Sepak Eratkan Hubungan TDM dan British Army

KUALA LUMPUR:  Satu perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) menentang pasukan pegawai British Army dirasmikan oleh Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Mej Jen Mohamad Abd Rahman bertempat di Stadium KEMENTAH pada 29 Sep 2015 berkesudahan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat dengan jaringan tiga gol.

Dua gol berjaya dijaringkan oleh Nick Barnes dan Sean Tee pada separuh masa pertama permainan, manakala  satu lagi gol dijaringkan oleh Andy Dick pada separuh masa ke ke dua sekaligus mengesahkan kemenangan terhadap pasukan pelawat.

Perlawanan persahabatan ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara kedua dua buah negara yang sudah lama terjalin.

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi U.K ke Malaysia H.E. Victoria Treadell, pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Gambar: SSjn Mohd Shahril Mat Ali

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close