Bersama PemimpinHUTSemasa

ATM Di Usia 82 Tahun

KUALA LUMPUR: Seramai 29 pegawai dan 488 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam perbarisan sempena Hari Ulang Tahun ATM Ke-82 yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Zulkifeli Mohd Zin dengan tema “ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara” bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada 17 Sep 2015.

Sebanyak 15 panji-panji Rejimen/Skudron Perkhidmatan ATM terlibat secara langsung dalam perbarisan ini merangkumi panji-panji dari 8 RAMD, 6 RRD, 2 KAD, 71 RSD, 2 DIV, 1 RAD (PARA) dan 72 KPD dari Tentera Darat Malaysia (TDM), bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) panji-panji KD Pelanduk, KD Malaya, KD Panglima Hitam dan KD Rajawali manakala Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melibatkan panji-panji No 1 Skudron, No 7 Skudron, No 15 Skudron dan Kolej Tentera Udara manakala Ketua Perbarisan adalah Komander Md Zain Zakaria TLDM.

Dalam perbarisan ini turut menyaksikan seramai 10 warga ATM menerima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dan 10 staf penjawat awam menerima Sijil Kepujian PAT dan penerima Anugerah Kesiagaan PAT bagi Perkhidmatan TDM ialah Markas 3 Div, TLDM ialah Skn 502, KD Rajawali dan TUDM ialah Pangkalan Udara Gong Kedak.

Dalam ucapan PAT, beliau menyatakan ATM sebagai tiang seri kedaulatan dan pertahanan negara mestilah berada pada tahap kesiagaan yang tertinggi pada sebilang masa.

“Berkat dengan pegangan prinsip profesionalisme angkatan yang didukung selama ini telah memperkukuhkan kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap ATM dan sokongan ini telah memberi suatu legitimasi dan pengiktirafan kepada ATM untuk terus melangsungkan peranannya sebagai perisai negara” tegasnya.

Turut hadir, PTD, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, PTL, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar, PTU, Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad TUDM, mantan-mantan panglima ATM, panglima-panglima, pegawai-pegawai dan anggota LLP dari tiga cabang perkhidmatan.

Gambar: PW II Mohamad Solor Ismon

Gambar-gambar di sekitar Perbarisan HUT ATM Ke-82 di Galeri Foto
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close