Bersama PemimpinSemasa

TRUP TD 2 JOHAN UKM TD TAHUN 2015

MELAKA: Sebanyak 10 Tim yang mewakili formasi-formasi terdiri dari Trup TD 1 (Gabungan 10 Bgd Para dan Bn 165 Risik TD), Trup TD 2 (Gabungan GGK dan PUTD), Trup Medan, PUTD, PLTD, 1 Div, 2 Div, 3 Div, 4 Div dan Task Force 450 terlibat dalam  Pertandingan Ujian Kemahiran Menembak (UKM) TD 2015 selama enam hari yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Tapak 400m, Kompleks Lapang Sasar Terendak pada 21 Ogos 2015.

UKM TD ini bertujuan meningkatkan standard kemahiran menembak individu dan melahirkan pegawai serta anggota TD yang mempunyai multiskill serta sebagai platform yang terbaik bagi pemilihan bakat-bakat baharu untuk mewakili Pasukan Menembak TD ke Pertandingan ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) 2015 yang akan diadakan di Bangkok, Thailand pada penghujung tahun ini.

Jaguh UKM TD 2015 disandang oleh Kpl Mohd Ariffin Tumin dari Trup TD 1, manakala The King’s Man Tacthlon TD 2015 disandang oleh Sjn Nur Aizam Hamali dari Trup TD 1, dan seterusnya Trup TD 2 dinobat sebagai Johan keseluruhan Pertandingan UKM TD Tahun 2015.

Dalam ucapan PTD, beliau menyatakan sudah sekian lama Pertandingan UKM TD ini tertumpu kepada aspek kemahiran tertentu seterusnya percaya bahawa cabaran dan evolusi ketenteraaan pada masa kini, perlu menjadikan pertandingan ini lebih relevan.

Tentera Darat telah sekian lama mengidamkan kejuaraan ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) dan kali terakhir TD membuktikan kejaguhan kita di AARM ialah pada tahun 1979 seterusnya saya berharap, UKM TD ini mampu menjadi platform terbaik untuk kita mencari bakat-bakat baharu bagi menganggotai Tim Menembak TD,” katanya.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kasssim, Panglima Medan Timur, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Zamrose selaku Ketua Pengelola Pertandingan UKM TD Tahun 2015, Panglima-panglima, Pegawai-pegawai Kanan, SMR TD, anggota LLP.

Gambar: Sjn Vijay Gaundar al Arikrishnan

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close