Bersama PemimpinMINDEFSemasa

TDM Johan Tilawah Al Quran Peringkat ATM

KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) muncul johan keseluruhan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke 66 tahun 2015┬ádengan mengumpul markah 232 yang dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan pada 19 Ogos 2015.

Majlis dimulakan dengan sembilan peserta tilawah memperdengarkan alunan bacaan Al Quran masing-masing yang mana Johan bagi kategori Pegawai dimenangi oleh Mej Mohamad Rashdan Abdul Razak dari 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (12 RAMD Mek) manakala Johan untuk kategori Qari Lain-Lain Pangkat (LLP) lelaki disandang oleh PW I Hj Mohamad Nor Hj Ahmad dari TDM, dan Johan Qariah kategori LLP Wanita/BAKAT disandang oleh Rabiatul Adawiyah Ismail dari TDM.

Selepas berakhirnya majlis penyampaian hadiah, PW I Hj Mohamad Nor Hj Ahmad memperdengarkan bacaan Al-Quran dan majlis dimeriahkan lagi dengan penyerahan kunci kenderaan untuk Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim ATM (STAY ATM).

Turut hadir PTD, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohd Noor, pegawai-pegawai kanan ATM, dan anggota LLP.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close