TDM benam TUDM 3-0

KUALA LUMPUR: Perlawanan Bola Sepak Antara Perkhidmatan kini telah bermula dengan perlawanan pertama di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) menentang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diadakan di Stadium KEMENTAH pada 9 Ogos 2015. Perlawanan bola sepak ini dilaksanakan bermula pada 9 Ogos 15 sehingga 21 Ogos 15. Objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama satu pasukan disamping mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin di antara semua perkhidmatan di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta mengekalkan keunggulan mutu sukan bola sepak ATM.

Perlawanan pertama ini telah menyaksikan TDM  membenam TUDM dengan jaringan 3 berbalas 0, penjaring dengan jaringan satu gol oleh Kpl Mohd Yusri Mohd Yusof minit ke 20 manakala dua gol oleh LKpl Zaironi Yusof pada minit ke 51 dan 81.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close