Bersama PemimpinSemasa

Sambutan Aidilfitri Peringkat TD

PERAK: Seramai 5000 orang hadir terdiri dari anggota tentera dan orang awam ke Majlis Sambutan Hari Raya Adilfitri Peringkat Tentera Darat (TD) yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Padang Kawad Markas 2 Div Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) pada 7 Ogos 2015.

Majlis bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara semua peringkat anggota disamping beramah mesra dengan tetamu yang hadir dan acara dimeriahkan lagi dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir oleh PTD.

Turut Hadir Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Medan Timur, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima Logistik, Mej Jen Dato’ Pahlawan Mohd Razif Hj Idris, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Fadzil Mokhtar, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Zambrose Mohd Zain.


[Best_Wordpress_Gallery id=”22″ gal_title=”Hari Raya TD Taiping”]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close